Science Stream Student? |

Em, sebenarnya taktau nak cerita apa. Cuma nak luahkan perasaan yang menyesakkan kepala hotak ni. Adeii

Lagi berapa hari je nak SPM tapi hati ni macam takde hati je nak exam. Minggu-minggu akhir ni pun sekolah buat Percubaan SPM kali kedua. Agak-agak boleh bayang tak betapa terseksanya jiwa ni. Exam sampai end of October, lepas tu selang 2 hari dah SPM. Fuhh

Kekadang terfikir juga, macam manalah aku boleh tercampak dalam kelas ni. Bila fikir balik macam kelakar pun ada.

I missed the old days, bila kita belajar sebab kita nak belajar dan kita belajar sebab kita seronok belajar. Tapi sekarang ni takde maknanya lagi semua tu. Terasa macam kita belajar sebab dipaksa untuk belajar.

Dulu, taknak pun amik Science Stream ni. Kalau boleh taknak tau pun yang Science Stream ni wujud. Disebabkan keputusan PMR yang kononnya layak amik Science Stream, maka tercampaklah daku ke dunia yang penuh pancaroba ni. Kata cikgu, siapa yang nak tukar aliran boleh mohon. Tapi 2 orang pelajar je yang dapat tukar aliran. Sorang Akaun, sorang lagi Perdangangan. Yang paling kelakar bila cikgu tak bagi yang lain tukar aliran. Aihh, masa tu memang sabar ajelah yang mampu. Niat nak masuk aliran lain terkubur macam tu je. Terpaksa telan pahitnya kenyataan dan terima je. Jadi, kite teruskan life sebagai pelajar 'Science Stream'.

BIOLOGY. CHEMISTRY. ADDITIONAL MATHEMATICS. PHYSICS.

Semuanya killer subject. Biology tu nak kata susah taklah juga cuma nak kena faham, rajin membaca dan hafal. Tapi malangnya otak kite ni kapasiti dia kecik je. Kalau ingat sesuatu, bila nak ingat benda lain mesti yang dah dihafal tu hilang. Bak kata cikgu 'short memory'. Physics boleh tahan laa, sebab dia berdasarkan konsep. Kalau faham dan boleh aplikasikan konsep tu, boleh jawab. Tapi yang menjadi masalahnya bila bahagian mengira, memang takleh nak jawab. Chemistry ni taktau nak cakap macam mana. Makin lama markah makin menjunam tak naik naik. Risau! Memang paras nyawa-nyawa ikan je tu. Additional Mathematics  ni lagi teruk rasanya. Tak pernah lulus. I repeat, TAK PERNAH LULUS. Taktau tang mana masalahnya, bila dalam kelas boleh jawab tapi bila exam jumpa soalan lain sikit je dah tak boleh jawab.

Intihanya, kite memang teruk sangat sangat subjek Science Stream ni.

As time flies, datanglah dugaan kutuk mengutuk yang bertalu-talu daripada cikgu bila setiap kali exam result 4Anggerik/5Sain tak macam yang cikgu harapkan. Cikgu siap cakap yang kitorang tak layak pun amik Science Stream ni. Faham tak perasaan bila kita kena paksa buat sesuatu yang kita tak mampu lepas tu kita kena marah. Serious cakap, kite hanya mampu tadah telinga dan mengeluh je. Memang down gila and terasa malas nak belajar. Sampai satu tahap tu rasa macam nak berhenti je sekolah pun ada. Tapi apakan daya.

Yang tak boleh lupa dan yang paling paling kelakar bila ada cikgu cakap dekat junior kitorang jangan jadi macam senior batch '97, lahir tahun lembu sebab tu lembab macam lembu. Ha Ha. How funny is that. It's so funny that I forgot how to laugh like normal people do. I though educated people should talk educatedly. I'm tired of all this shit. Tapi entahlah. Nak melawan tak boleh. Cikgu kan cikgu.

Nak give up dah terlambat. Just have to stand up dan berperang eventho penyakit malas ni masih melekat sampai sekarang. haihh. Wish me luck. xD

Yang Benar,
Saya.

Blogger Anis Farhana said on Saturday, October 25, 2014 8:08:00 pm  

Saya pon takot gak ni nak spm dah. markah killer subject saya semua dekat C sobs sobs

good luck awak do the best even tinggal lagi seminggu ja :)


Blogger Junkyo Hikari said on Saturday, October 25, 2014 8:38:00 pm  

ahahahaha, boleh gelak tak? :D

Haiyaaa.. I also science student maaa :3 I know that feeling >.<

All physic, chemist, bio, add math class ... killer subject lah masa tu..

macam Misaki, I never study walaupun ada test masa form 4 sampailah form 5. Add math lagilah tak study.. ahaha..

balik asrama terus lentangkan badan atas katil and tidur..

bila time exam.. perghhh.. mmg tak dapat jawablah.. bila check result yg diaorang paparkan public, pergh.. di kategori tercorot sekali, dalam 3-4 kedudukan lagi nak jadi yg paling last.. Pernah sekali jadi no. paling last.. ahahaha XDD

kiranya semua subjek scinece, Misaki sentiasa dapat G (GAGAL) ahahaha...

bila nak SPM, barulah sedar bahaya nya kalau fail, mulalah teraba-raba baca buku, time kelas terbuka dekat dewan, banyak jugaklah buat latihan, so bila balik asrama dah tak buat latihan, cuma menghafal je.

bila dah habis spm, keluarlah result, subjek science LULUS :D don't worry.. ahahha hasil usaha last minute.. and seriously cakap menyesal ya amat-amat.. TT^TT

tapi benda dah berlalu, apa lagi boleh buat? ahahaha..

so, sabar je lah ye.. buat latihan banyak2 especially yg kira2 tuh, chemistry tuh senang je sebnarnya.. (tapi mcm Misaki, trauma lepas dapat result tak elok sikit, pastu cikgu chemist start tukar behavior.. so mulalah tak minat nak blajar chemist and mendorong kpd result G.. ahahaha alasan.. tapi betul k XD) anyway, suka chemist.. cuma sbb slalu dapat G, geram gaklah.. ahahaha

biology.. hafal je :D tayah hafal banyak2.. hafal sikit sudah.. pastu buat study group main quiz antara korang.. and kalau tak faham tanya explanation.. bila kita tanya kita selalu ingat, dan bila org tanya benda yg kita tau, lagilah kita akan ingat :D

fizik, seriously tak suka subjek nih.. cikgu dah ok, cuma tak faham apa yg cikgu tu terang..rasa mcm di awang-awangan tiap kali dalam kelas dia.. ahaha... anyway, kalau buat byk latihan ok je physic nih XD
just faham konsep dia, yg nih kena main imaginasi sikit mcm contoh konsep kita berdiri tengah bas.. tiba2 bas berhenti.. apa jadi kat kita.. kalau bas jalan apa jadi kat kita? mcm tu lah cara imagine terbaik mwahahahaha...

add math.. yeah, takdak cara lain kalau tak buat latihan mmg 100% fail.. kalau tak faham tanya and tanya and tanya.. kalau malu tanya.. sesatlah TT^TT

still have time :D good luck do your best.. banyakkan berdoa sekali, solat duha, solat hajat, baca yassin, makan kismis sambil selawat... jangan tengok benda yg tak elok atau yg menjejeaskan minda time nak exam.. solat 5 waktu bagi cukup tu je :D hehehe

InsyaAllah leh jawab.. ^__^
(masa nak exam jgn lupa baca doa tenangkan hati and jgn bagi lupa and bagi mudah soalan yg kita nak jawab)


Blogger Junkyo Hikari said on Saturday, October 25, 2014 8:38:00 pm  

lupa lak, time kitaorang punya batch pun kena benda yg sama, kitaorang adalah batch paling teruk sekali sampaikan cikgu2 tak suka..

ahahahahaha XD


Blogger Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said on Saturday, October 25, 2014 8:45:00 pm  

Good luck in exams.
(Spm year 2000, science stream)


Blogger Aina Akmal said on Saturday, October 25, 2014 9:37:00 pm  

Sabar ye kak. btw, good luck yee~ ^^


Blogger Sabella Mohamad said on Sunday, October 26, 2014 1:11:00 am  

hai dik! akak dulu science stream jgk. tapi akak minat gila dgn subjek2 science ni! hehe. ala takpe, sempat lagi nak usaha. nanti kat U awak amik kos yg awk minat ok? jgn risau, wlaupun awak amik sains, tapi boleh pegi baaanyak cbg lagi mcm akaun ke, sastera ke.

masuk science stream ni sbenarnya untung dik. sbb byk peluang nk pilih course study & kerja :)

btw, gudluck!


Blogger Izzati Amira said on Sunday, October 26, 2014 8:10:00 pm  

nak ikutkan pengalaman akak study addmath dlu, setiap minggu akak akan pergi ke rumah kawan cina akak utk belajar addmaths dengan.

inshaa Allah, dengan adanya usaha bersungguh-sngguh. anything is possible okay (:


Blogger Cikgu Norazimah said on Sunday, October 26, 2014 9:20:00 pm  

normal la lagi dekat nak exam lagi mls..tp tu sementara jer, bykkn solat hajat, berdoa semoga semua dipermudahkan..all the best ;)


Blogger Mar Mansor said on Monday, October 27, 2014 3:51:00 pm  

akak mengalami situasi ni tahun 2001..hehe..sama subjek..sains tulen..
wish u luck..jangan stress2 ok


Anonymous Anonymous said on Tuesday, October 28, 2014 7:47:00 pm  

Suka gaya awak menulis menyedarkan saya guru yg dah 2 dekad mengajar.
Saya juga macam tu..di pilih untuk masuk sains stream tapi bila dah lama hidup..bila dah di biasakan susah..yg susah akan jadi senang..


Blogger LeenNajib said on Thursday, October 30, 2014 6:50:00 pm  

Hai dik, actually science stream best. do more exercise. jangan risau, InshaALLAH spm okay nanti. hehe pnh rse ape yg awk rse :)


Blogger ecah khalili said on Saturday, November 01, 2014 10:27:00 am  

Sains tulen jgak dulu..2005..gud luck dear..jgn stress..

Post a Comment

X
Biography


Question: Some Introduction?
Answer: Assalamualaikum, I'm Nurul Nabila Natasya, unofficially 20 years old and you can simply call me Bella. Currently semester 4 university student.
Please do send me question or anything through ASK.FM

Question: Some Interest?
Answer: Kpop, K-drama, K-variety Shows, anime

Question: Some Warning?
Answer: First of all I want to apologize if my blog content annoys any of the readers because I blog random stuff and might mainly about kpop and anime or even song lyrics. And I'm currently an ARMY (BTS fans) so my blog post maybe will have their image on it haha please bear with me juseyoo.

Question: Some Blog Info?
Answer:
Blog Name : Actually α∂αмαитιиє but currently ιѕαиα уαѕнιяσ
Blog Since : March 2011

Template Type : Blogskin
Template By     : Me



X
Heart•Throb

X
Fan Girling Section





Ciel Phantomhive
kuroshitsuji




Gin
Hotarubi no Mori e




Ichijou Raku
Nisekoi




Kirigaya Kazuto
Sword Art Online




Okumura Rin
Ao No Exorcist




Kota Furuya
Kickoff to the Galaxy




Uchiha Sasuke
Naruto




Nice
Hamatora




L Lawliet
Death Note




Sata Kyouya
Ookami Shoujo to Kuro Ouji




Tsuyoshi Naoe
Daily Lives of High School Boys




Usui Takumi
Maid-sama




Yato
Noragami




Yuiga Kakeru
Norn9




Zen Wistalia
Akagami no Shirayukihime
X
Follow

Please do follow ♥




How much longer does the snow have to fall before spring day comes? - Spring Day, BTS

[ ]