Apa yang kau faham dengan 'Berubah'? |


"Zan?"

"Hm?"

"Define kat aku word ‘berubah’ tu."

Ek? Dahi dah dikerut. Budak ni suka lah keluar soalan out of nowhere right before tidur, sengaja nak buat aku berfikir duduk atas katil pun. “Kau lah define kat aku apa yang kau faham dengan word tu.” Muka dah buat keji, sengih je.

Adi pandang katil double decker sebelah. Muka Izan dicari. Aku tanya dia, dia tanya aku. Terbaik. “Berubah.” Sepatah. “Jatuh pada niat. Berubah sebab manusia atau berubah sebab Tuhan.”

Izan angguk perlahan. “Then?”

Then? Kening dah angkat. “Pebenda?”

"Macam mana kau beza berubah sebab manusia dengan berubah sebab Tuhan tu?"

Ngaaa. Soalan subjektif gini aku tak suka ni. Hm. “Berubah sebab manusia tu ada probability untuk tersasar, berubah sebab Tuhan tu kira macam buat perubahan 360 degree inside out. Sekali dengan cuci dalam sekali. So the probability of falling to the wrong path balik tak de. Kot..” Eheh. “Bro, aku tanya kau lah, bukan nak suruh kau dok uji aku.” Lahai mamat ni.

Izan dah gelak. Bukan nak uji, nak tengok jauh mana budak tu faham maksud ‘berubah’ tu sendiri. “Betullah yang kau cakap first sekali tadi. Berubah, jatuh pada niat. Niat kita berubah sebab manusia atau berubah sebab Tuhan. Kita ni kalau nak berubah, bukan sebab manusia. Contohnya kita tengok orang tu dipuji sebab perangai dia baik, then kita pun nak orang puji kita. So kita pun nak jadi baik macam dia. Apa dapat? Ada keikhlasan? Yakin boleh tahan lama kalau macam tu? Kiranya after dia berubah, then dia tengok orang pandang dia biasa je sebelah mata, is he going to give up then?”

Adi angguk kepala faham.

"Bila kita berubah sebab Tuhan, kita letak niat kita berubah sebab Dia, bukan mengharap pujian manusia. Then bila Allah kasi ujian lepas kita berubah tu, kita tak terjentik pun, takda sampai tahap nak patah balik jalan lama. Sebab time tu kita dah letak, no matter what, Dia ada, nak tolong kita harung semua sekali."

"Tu yang jadi bila ramai yang pandai bercakap tapi tak pandai buat, kan? Macam dekat twitter, insta semua nowadays. Tweet bajet alim, tapi sekali orang tegur, keluar dah carutan bagai. Niqabis dah elok dah tertutup but then letak gambar ada stail macam nak goda aku je rasa." Gelak hambar.

Izan senyum senget. Tak tahu nak kata apa. “Niat masing-masing, sendiri boleh tahu. Antara Tuhan dengan dia. Tresspassing on Allah’s territory tu bukan hak kita. Biar kerja Dia nak judge amal diorang. Kita bukan Tuhan. Duduk mengutuk bukan boleh buat tambah pahala. Tapi before nak buat apa apa tindakan tu, fikir dulu. Nak berubah pun bukan satu dosa. Benda baik kut. But again, bila nak berubah, berubah sebab Tuhan bukan pujian manusia, bukan trend semata.” Enough said.

—Hati sendiri boleh tahu, boleh faham. You’ve got choices, then choose. Read and heed.

Credit : Tumblr

Blogger Aina Akmal said on Saturday, October 25, 2014 9:50:00 pm  

Hakikatnya bukan mudah untuk berubah. kena betul2 istiqamah dan sentiasa dekat dengan yang alim. :)

Post a Comment

X
Biography


Question: Some Introduction?
Answer: Assalamualaikum, I'm Nurul Nabila Natasya, unofficially 20 years old and you can simply call me Bella. Currently semester 4 university student.
Please do send me question or anything through ASK.FM

Question: Some Interest?
Answer: Kpop, K-drama, K-variety Shows, anime

Question: Some Warning?
Answer: First of all I want to apologize if my blog content annoys any of the readers because I blog random stuff and might mainly about kpop and anime or even song lyrics. And I'm currently an ARMY (BTS fans) so my blog post maybe will have their image on it haha please bear with me juseyoo.

Question: Some Blog Info?
Answer:
Blog Name : Actually α∂αмαитιиє but currently ιѕαиα уαѕнιяσ
Blog Since : March 2011

Template Type : Blogskin
Template By     : Me



X
Heart•Throb

X
Fan Girling Section





Ciel Phantomhive
kuroshitsuji




Gin
Hotarubi no Mori e




Ichijou Raku
Nisekoi




Kirigaya Kazuto
Sword Art Online




Okumura Rin
Ao No Exorcist




Kota Furuya
Kickoff to the Galaxy




Uchiha Sasuke
Naruto




Nice
Hamatora




L Lawliet
Death Note




Sata Kyouya
Ookami Shoujo to Kuro Ouji




Tsuyoshi Naoe
Daily Lives of High School Boys




Usui Takumi
Maid-sama




Yato
Noragami




Yuiga Kakeru
Norn9




Zen Wistalia
Akagami no Shirayukihime
X
Follow

Please do follow ♥




How much longer does the snow have to fall before spring day comes? - Spring Day, BTS

[ ]