Tips : Cara elakkan rasa mengantuk ketika exam |

Fuhh, alhamdulillah. 2 hari dah exam, 2 subjek dah lepas. Physics dengan Biology.
Jawab paper Biology pagi tadi, boleh senyum-senyum lagi. Tak sia-sia datang kelas tambahan.

Paper 1 dengan paper 3 jawab laju je. Terlebih konfiden pulak kan.
Jawapan seolah-olah macam air mencurah-curah keluar.
Nasib baik tak basah kertas tu. Haha, melampau!
Dah siap awal, nak tunggu masa tamat lama lagi. Exam pulak dekat dalam bilik ber-aircond.
Memang mengantuk ler kan. Kalau dapat tidur pun sodap. Hoho. Macam lah cikgu bagi kan.

Blergh. Panjang pulak mukadimah. Macam nak buat essei SPM je.
Let's get back to the main topic. Cara elakkan rasa mengantuk ketika exam.


Wangian Aromaterapi
Pernah tak anda bau minyak wangi lepastu tiba-tiba rasa segar? Bau-bauan yang segar dapat merangsang deria bau anda sekaligus mengurangkan rasa mengantuk.
Antara bauan yang sesuai adalah mint dan lemon.
Bawa je perfume yang jenis rolloerball tu, tapi hati-hati ye sebab takut kena rampas dengan cikgu pula.

Minum Air Masak
Bawa botol air masak/mineral ke dalam dewan perperiksaan. Air membekalkan oksigen yang secukupnya untuk otak. Tubuh yang kurang air akan lebih mudah untuk berasa letih. Jadikan minum air masak sebagai amalan.

Tidur Yang Cukup
Perkara ini biasa berlaku di kalangan pelajar yang suka menghabiskan masa terluang dengan melakukan perkara tak berfaedah. Tak ada gunanya korbankan masa last minute belajar berjam-jam sampai terbabas waktu tidur. Benda yang anda study itu tak mudah untuk disumbat ke dalam otak.
Apa gunanya menghafal kalau tak faham maklumat yang dihafal?
Tidur yang berlebih-lebihkan juga boleh menyebabkan anda cepat rasa mengantuk.

Mengalihkan Pandangan
Mengadap kertas periksa lama-lama buat anda makin mengantuk betul? Cuba alihkan pandangan anda sekejap. Bagi yang duduk dekat sebelah tingkap, itu bonus bagi anda. Lihat tumbuhan yang hijau ataupun kereta yang sedang lalu lalang tu. Cara ini mungkin dapat menenangkan sedikit diri anda.

Makan 'Something' Yang Masam
Bab makan ni tak digalakkan. Ye la, dalam kelas mana boleh makan kan? Kalau anda jenis yang pandai cover-cover sorok-sorok tu boleh la. Cuba makan Skittles, konfem segar biji mata. Tapi kalau cara ni tak berkesan, tak tau lah kot-kot lidah deria rasa bermasalah ke?

Basuh Muka
Ini perkara yang dah biasa dilakukan bila mengantuk. Bagi lelaki mungkin tiada masalah. Perempuan?
Mungkin mereka akan fikir dua tiga empat puluh juta kali sebelum membuat keputusan sama ada nak basuh muka ke tak? Sebab kebanyakan perempuan yang gemar memakai make up ke sekolah terutamanya pelajar sekolah menengah ni kan. Kang ada pula yang duduk berjam dalam bilik air make up je, kertas periksanya kosong juga. hihi

Tidur Jelah!
Ini kalau dah tahap kritikal sangat. Minta izin dengan cikgu dulu sebab ada sesetengah cikgu tak benarkan pelajar mereka tidur ketika exam. Yang penting, pastikan anda dah selesai jawab semua soalan dekat kertas periksa tu sebelum nak hanyutkan diri ke mana-mana. Kang mimpi ke lain, result ke lain.


Tips ni berdasarkan apa yang kite selalu buat sahaja. Kalau tak berkesan, patik mohon maaf ye. Good luck untuk sesiapa yang sedang atau bakal menduduki perperiksaan!

Blogger deno said on Tuesday, October 08, 2013 10:43:00 pm  

tips yg bagus! mcm akak dulu, time exam tak pernha ngantuk sbb berdebar sgt... hihi^^


Blogger Balqis Sarah said on Thursday, October 10, 2013 3:20:00 pm  

kalau adik, adik tidur je la, sebab cikgu adik benarkan... kkk... xD


Blogger Akeyla Azmi said on Friday, October 11, 2013 9:20:00 pm  

tq so much hihihihi <3


Anonymous muja said on Friday, October 11, 2013 10:11:00 pm  

baguiihh.. bg tips gittew... exam candidate ek. good luck!!! ^^


Blogger adrianna syaz said on Sunday, October 13, 2013 2:24:00 pm  

#1094 sya folo blog minho..jika sdi,snggah ke blog sya ya :)

Post a Comment

X
Biography


Question: Some Introduction?
Answer: Assalamualaikum, I'm Nurul Nabila Natasya, unofficially 20 years old and you can simply call me Bella. Currently semester 4 university student.
Please do send me question or anything through ASK.FM

Question: Some Interest?
Answer: Kpop, K-drama, K-variety Shows, anime

Question: Some Warning?
Answer: First of all I want to apologize if my blog content annoys any of the readers because I blog random stuff and might mainly about kpop and anime or even song lyrics. And I'm currently an ARMY (BTS fans) so my blog post maybe will have their image on it haha please bear with me juseyoo.

Question: Some Blog Info?
Answer:
Blog Name : Actually α∂αмαитιиє but currently ιѕαиα уαѕнιяσ
Blog Since : March 2011

Template Type : Blogskin
Template By     : Me



X
Heart•Throb

X
Fan Girling Section





Ciel Phantomhive
kuroshitsuji




Gin
Hotarubi no Mori e




Ichijou Raku
Nisekoi




Kirigaya Kazuto
Sword Art Online




Okumura Rin
Ao No Exorcist




Kota Furuya
Kickoff to the Galaxy




Uchiha Sasuke
Naruto




Nice
Hamatora




L Lawliet
Death Note




Sata Kyouya
Ookami Shoujo to Kuro Ouji




Tsuyoshi Naoe
Daily Lives of High School Boys




Usui Takumi
Maid-sama




Yato
Noragami




Yuiga Kakeru
Norn9




Zen Wistalia
Akagami no Shirayukihime
X
Follow

Please do follow ♥




How much longer does the snow have to fall before spring day comes? - Spring Day, BTS

[ ]