Kalau Saya Tak Ada nanti Tolong Tutup Blog saya |

Hari ini kita malas nak buat entry sebab kemalasan yang kritikal melanda diri.
Kita nak share satu kisah benar yang mana kisah ini kita COPY PASTE dari satu blog ni.
Kenapa kita nak share? Korang baca lah sendiri nanti korang akan paham apa yang tersirat dalam isi entry ini.

[perlahankan mood anda seketika..]

M.A.H (bukan nama sebenar), beberapa tahun lalu telah kehilangan seorang yang amat-amat di sayanginya iaitu tunangnya, tunangnya pergi menghadap seruan ilahi di sebabkan kegagalan dalam satu pembedahan penyakit yang di alami oleh tunangnya. Sejak dari itu dirinya (MAH) seolah-olah hidupnya bagaikan dalam kegelapan.. tiada lagi seri dalam hari-hari yang di laluinya.. apa yg dia tahu hari-harinya adalah kedukaan, kekecewaan dan air mata.

"Kenapa kau ambil dia dari aku?? kenapa tidak aku??..." begitulah persolannya yang tiada hentinya...
Kanser telah meragut penyeri hidupnya.. setelah betahun-tahun bertarung dengan penyakit itu akhirnya insan kesayanganya pergi buat selama-lamanya.. mujurlah MAH yang juga mengidap penyakit yang sama selamat menjalani pembedahan seperti yang di rencanakan.


Kenapa kau ambil dia dari aku?

Kini berubah setelah ketiadaan insan yang di sayanginya..
Malah kerisauan masih ada dalam dirinya.. Kata orang pesakit kanser dan potensi untuk menghidapnya semula memang ada. Ya! Setelah sekian lama, beliau telah membuat imbasan dan pemeriksaan dengan doktor pakar tempohari. Ya memang benar walaupun kaser tu dah tiada tetapi sel-sel kaser masih kekal.
Beberapa bulan yang lepas selepas mendapat tahu bahawa dia menghidapnya kembali, dia tidak pernah rasa takut lagi..
Mungkin kali ini tibalah masa untuk aku (MAH). Tak mengapa aku redha seadanya.

Beberapa bulan kebelakangan ini aku (MAH) sering sakit-sakit, demam, muntah-muntah boleh di katakan dalam sehari tu mesti sekurang-kurangnya sekali. Takpe aku tahu mungkin masanya tidak hampir lagi tapi mungkin tanda ingatan padaNya.. Kata orang jodoh ajal maut ditangan Tuhan.

Hidupnya seperti kebiasaan saja.. seperti hari-hari berlalu, melakukan rutin-rutin seperti insan-insan lain. Kadangkala sahaja dia mengalami kesukaran untuk bernafas kerana kesakitan dan ketidakselesaan yang ditanggung. Tapi dia bijak sembunyikan dari sesiapa. Sesiapa pun tak tahu apa yang ditanggung selama ini Mahupun ibu bapanya.

Kesunyiaan hidupnya terubat bilamana dia bersama sahabat-sahabat di Facebook, blog bertukar komen dan pendapat.. kini hidupnya menampakkan serinya apabila hadirnya seorang insan
yang begitu baik dan seringkali mengambil berat tentang hidupnya.. bahagia dan kegembiraan jelas terpancar dalam hidunya kini.. "Ya Allah aku (MAH) bersyukur" tapi tiap kali dia bersama-sama teman facebooknya itu dia pasti akan bersedih dan adakalanya dia menitiskan air mata walaupun tiada tangisan. Air matanya tidak lokek mengalir walaupun dia dalam keadaan yang mengembirakan..

[Lupakan Cerita kat atas tu sekejap]

Masa tu aku cuba tanya kenapa dia bersedih? dia kata tak lah aku tengah bergembira sekarang.. "MAH jangan ko nak tipu aku ok... aku kenal siapa ko..." MAH pun menceritakan segala-galanya pada aku..dia pun berkata..

Aku (MAH) ada lah kenal dengan seseorang yang mana aku pun tak pasti status aku saat dan ketika ni.
Cuma apa yang nak aku katakan padanya..
Kalau dia tanya aku, "awak rindu saya?"
"Ye saya rindu awak sepanjang masa."
"Awak sayang saya?"
"Ye saya sayang awak sangat-sangat sebab awak baik sangat pada saya.."
"Kalau saya tanya awak cinta saya?"
Aku cuma terdiam dan disitulah kau akan terlihat air mata aku mengalir mencurah-curah ke pipi ini. Walaupun jauh di sudut hati aku ini aku teramat menyintainya.

Cukup lah biar aku saja yang kecewa.. aku tak mampu lagi nak kecewakan hidup orang lain tambahan pula dia insan yg aku sayang dan yang aku cintai.. biarlah dia perit dan kecewa sekarang asalkan dia tidak kecewa kemudian hari bila dia bersama aku kelak. harap ko paham apa yang aku ceritakan ni.

Selepas dia (MAH) ceritakan segala-galanya pada aku baru aku sedar aku tak sekuat dia.. aku tidak sehebat dia kerana mampu hadapi situasi macam ni. aku pun berharap agar wanita berkenaan paham apa yang MAH maksudkan tu... paham apa situasi sebenar apa yang di sampaikan dalam artikel ini.

Aku sendiri yang nak menaip ni pun rasa sedih dengan situasi dia sekarang.. beberapa hari lepas dia bagi email dengan password kat aku. Dia cakap.....
"kalau aku dah tak ada nanti ko tutup blog aku ye.. sebelum tu ko tolong publish satu entry aku yg terakhir yang aku simpan kat draft tu.."
"ko je harapan aku yg aku ada... harap ko maafkan juga dosa-dosa aku kat ko selama ni..."

[Perbualan kami terhenti disitu..]

Hari demi hari dia semakin teruk...dan dia sudah pun berada di pangkuan keluarganya di kampung.. berada di pangkuan keluarga tersayang sambil menghitung hari-hari penentu dalam hidupnya...

Katanya yang terakhir kat aku "maafkan aku.. aku nak ko sampaikan kat diorang..." dan diorang yang dimaksudkan tu adalah KORANG YANG BACA ARTIKEL NI...


Post a Comment

X
Biography


Question: Some Introduction?
Answer: Assalamualaikum, I'm Nurul Nabila Natasya, unofficially 20 years old and you can simply call me Bella. Currently semester 4 university student.
Please do send me question or anything through ASK.FM

Question: Some Interest?
Answer: Kpop, K-drama, K-variety Shows, anime

Question: Some Warning?
Answer: First of all I want to apologize if my blog content annoys any of the readers because I blog random stuff and might mainly about kpop and anime or even song lyrics. And I'm currently an ARMY (BTS fans) so my blog post maybe will have their image on it haha please bear with me juseyoo.

Question: Some Blog Info?
Answer:
Blog Name : Actually α∂αмαитιиє but currently ιѕαиα уαѕнιяσ
Blog Since : March 2011

Template Type : Blogskin
Template By     : Me



X
Heart•Throb

X
Fan Girling Section





Ciel Phantomhive
kuroshitsuji




Gin
Hotarubi no Mori e




Ichijou Raku
Nisekoi




Kirigaya Kazuto
Sword Art Online




Okumura Rin
Ao No Exorcist




Kota Furuya
Kickoff to the Galaxy




Uchiha Sasuke
Naruto




Nice
Hamatora




L Lawliet
Death Note




Sata Kyouya
Ookami Shoujo to Kuro Ouji




Tsuyoshi Naoe
Daily Lives of High School Boys




Usui Takumi
Maid-sama




Yato
Noragami




Yuiga Kakeru
Norn9




Zen Wistalia
Akagami no Shirayukihime
X
Follow

Please do follow ♥




How much longer does the snow have to fall before spring day comes? - Spring Day, BTS

[ ]