Ciri-ciri lelaki yang suka kahwin lebih dari satu |

Malam-malam macam ni taktau nak buat ape terlintas pulak difikiran nak hupdate entri dekat blog ni.
Tapi yang menjadi masalahnye, otak ni takmoh beri kerjasama pulak. Dye taknak kasi idea untuk hupdate entri. Bukak nuffnang, tengok bahagian keywords ade pulak orang mencari ni~


Haha! agak pelik ape yang dicarinya. tapi takpe lah.. kite buat ajela entri nye.
ok takmoh cakap banyak, jom baca.. =)

Lelaki yang suka kahwin lebih dari satu ataupon lelaki yang suka berpoligami.
Di antara nikmat menjadi lelaki adalah mereka boleh berpoligami sehingga 4 isteri dan isteri wajib patuh pada arahannya selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Selalu lelaki kata semua lelaki ada keinginan untuk mempunya isteri lebih dari satu. Cuma kemampuan masing-masing yang menentukan samada mereka akan melakukannya atau tidak.

Kalau topik ini dikemukakan semasa perbualan dengan lelaki pasti akan keluar seribu satu hujah menyatakan bahawa mereka perlu kahwin lebih dari satu. Antara perlu dan ingin adalah dua perkara berbeza. Selalunya mereka bercakap dengan kurang berhikmah dan menggores perasaan wanita yang mendengar walaupun mungkin sekadar gurauan. kite sendiri hairan jugak kenapa perkara itu menjadi gurauan paling popular di kalangan lelaki. Kalau mendengar rancangan Sinarpagi di radio, itulah juga yang dijadikan bahan lawak setiap pagi.

Sebagaimana dengan perkara lain dalam Islam, poligami ada juga wajib, sunat, harus atau haram hukumnya. Yang selalu tidak disedari oleh lelaki ialah pentingnaya menjaga kesetabilan perasaan dan emosi isteri agar isteri boleh menjaga kandungan, bersalin dan mendidik anak dengan sempurna supaya anak-anak menjadi manusia sejati bila dewasa. Yang pastinya lelaki yang berpoligami mempunyai tugas yang berat.

Kalau perkahwinan tambahan itu semata-mata kerana tuntutan nafsu, apa gunanya jika nafsu kita dipenuhi sedangkan anak-anak terbiar tanpa layanan sempurna dari ibu akibat dari tekanan perasaan si ibu yang tidak mampu menerima kenyataan berkongsi suami dengan wanita lain.
Berkahwinlah 2, 3 atau 4 jika keadaan amat memerlukan, selagi mampu dan boleh berlaku adil dan isteri dapat menerimanya dengan sabar tanpa menjejaskan anak-anak. Jika tidak jagalah yang seorang itu dan sempurnakan amanah Allah dengan baik.

Walaupun kite sendiri kurang minat bercerita menganai isu poligami tetapi kadang-kadang dengar jugak lah orang-orang sekeliling bercerita tentang ini. Bukannya benci poligami, jauh sekali dari menolak hukum Islam, kite sekadar ingin berkongsi apa yang pernah kite baca tentang ciri-ciri lelaki yang berpotensi besar untuk melakukan poligami. Ciri-ciri itu adalah biasanya lelaki itu;

1. Bersikap sentimental dan suka dimanja dan dibelai
2. Sangat bergantung kepada isteri tentang urusan harian di rumah seperti makan, minum dan pakaian.
3. Suka berfikir secara mendalam perkara yang tidak begitu penting.
4. Suka membuat keputusan terburu-buru,
5. Keputusannya selalu berubah-ubah
6. Suka bertukar kereta
7. Pandai dan bersopan bila berbicara terutama dengan wanita dan orang tua.
8. Berhati kering

ape maksud berhati kering tu? korang tau? kite taktau ni..

Kalau ada lelaki yang tidak mempunyai ciri-ciri di atas tetapi mempunyai isteri lebih dari satu, mungkin dia adalah suami yang benar-benar mempunyai alasan yang sangat baik untuk berpoligami bukan kerana nafsu semata-mata.

Apapun pernilaian kita, yang halal adalah halal dan yang haram tetap haram dan pada setiap yang ditentukan Allah itu pasti ada hikmahnya.
Nikmat yang dirasai oleh lelaki itu, sebagaimana juga nikmat-nikmat dunia yang lain hanyalah untuk sementara dan keperitan hidup bermadu juga untuk sementara. Yang kekal hanyalah kehidupan di akhirat dengan kebahagian yang dijanjikan untuk mereka yang bertaqwa.

Letakkan Allah di atas dan di depan bukan di belakang atau di sisi sewaktu merancang sesuatu tindakan.
Letakkan Allah sentiasa dalam hati sewaktu melaksanakan perancangan.
Kita akan merasa nikmat dipimpin oleh Yang Maha Agung dan hidup tidak tersasar dari jalan yang lurus.

Post a Comment

X
Biography


Question: Some Introduction?
Answer: Assalamualaikum, I'm Nurul Nabila Natasya, unofficially 20 years old and you can simply call me Bella. Currently semester 4 university student.
Please do send me question or anything through ASK.FM

Question: Some Interest?
Answer: Kpop, K-drama, K-variety Shows, anime

Question: Some Warning?
Answer: First of all I want to apologize if my blog content annoys any of the readers because I blog random stuff and might mainly about kpop and anime or even song lyrics. And I'm currently an ARMY (BTS fans) so my blog post maybe will have their image on it haha please bear with me juseyoo.

Question: Some Blog Info?
Answer:
Blog Name : Actually α∂αмαитιиє but currently ιѕαиα уαѕнιяσ
Blog Since : March 2011

Template Type : Blogskin
Template By     : Me



X
Heart•Throb

X
Fan Girling Section





Ciel Phantomhive
kuroshitsuji




Gin
Hotarubi no Mori e




Ichijou Raku
Nisekoi




Kirigaya Kazuto
Sword Art Online




Okumura Rin
Ao No Exorcist




Kota Furuya
Kickoff to the Galaxy




Uchiha Sasuke
Naruto




Nice
Hamatora




L Lawliet
Death Note




Sata Kyouya
Ookami Shoujo to Kuro Ouji




Tsuyoshi Naoe
Daily Lives of High School Boys




Usui Takumi
Maid-sama




Yato
Noragami




Yuiga Kakeru
Norn9




Zen Wistalia
Akagami no Shirayukihime
X
Follow

Please do follow ♥




How much longer does the snow have to fall before spring day comes? - Spring Day, BTS

[ ]