No Title! |


Apakah ini 1 dugaan ataupun cabaran yang harus aku tempuhi?
Perasaan takut kehilangan tibe2 menyelubungi diri.
Ya Allah, bantulah aku supaya aku dapat menghadapi dan menempuhi semua dugaanmu.

Adakah perasaan ini benar-benar hanya untuk dia?
Ya Allah,tetapkanlah hati, perasaan, dan kasih sayangku ini hanya kepada dia…terutama sekali kepada ENGKAU Ya Allah, seterusnya kepada keluargaku, saudara-mara, guru-guru dan sahabat-sahabat yang aku kenal sejak aku dilahirkan sehingga aku pergi dari dunia ini.

Butakanlah mata hatiku ini dari mengalihkan segala-galanya yang telah Engkau pinjamkan kepadaku (perhatian, perasaan) darinya, dan berikannya kepada orang lain.
Apabila tiba saatnya aku dipanggil untuk menghadap-Mu Ya Allah, aku mohon, kuburkanlah bersamaku nanti…cinta, hati, kasih sayangku, perasaan dan segala-galanya yang telah menjadi miliknya (yang telah aku serahkan padanya).

Sekiranya aku tidak ditakdirkan untuknya, aku serahkan segalanya kepadamu Ya Allah.
Kau lindungilah dirinya dari bahaya, dari segala kejahatan hamba-hambamu yang berniat jahat terhadapnya… tolong lindungi dia walau ke mana sahaja dia pergi dan di mana sahaja dia berada, dan lindungi dia sehingga dia selamat sampai ke mana sahaja tempat yang di tuju.

Andaikata hari ini adalah hari yang terakhir buatku, aku sebagai hamba-Mu mohon dosaku di ampunkan kerana aku tidak dapat menjalankan tanggungjawabku dengan sempurna.

Aku tidak berharap untuk dia memahami perasaan aku.
Cukuplah sekadar dia menerima aku seadanya… Cukuplah jika diri aku ni sentiasa dalam ingatannya.
Walau sebesar zarah sudah memadai buat aku. Aku bersyukur.
Cukuplah hanya Allah dan aku sahaja yang mengetahuinya.

Andai esok sudah tiada lagi untukku, iringilah pemergianku dengan doa, redha dan izinkanlah pemergianku.
Hantarlah pemergianku nanti dengan doa restu, bukan dengan esak tangisan.
Sudah cukup kiranya dia menyedari dan menghargai kehadiranku ini.
Ku pasti bahawa Allah hanya akan memberi ujian kepada hamba-Nya mengikut kemampuan mereka.

Ya Allah ku mohon apa yang telah kau takdirkan.
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku.
Kerana engkau tahu segala isi hatiku.
Pelihara daku dari kemurkaan-Mu.

Ya allah.
Jika ini yang terbaik dariMU, mudahkanlah..
Jika bukan, berikanlah petunjukMU agar aq dapat keluar dari situasi ni.♥
Amin.♥

Blogger fiQRa said on Friday, June 08, 2012 1:44:00 am  

mengadulah pada Allah.. DIA maha mendengar. be strong adik ;')

Post a Comment

X
Biography


Question: Some Introduction?
Answer: Assalamualaikum, I'm Nurul Nabila Natasya, unofficially 20 years old and you can simply call me Bella. Currently semester 4 university student.
Please do send me question or anything through ASK.FM

Question: Some Interest?
Answer: Kpop, K-drama, K-variety Shows, anime

Question: Some Warning?
Answer: First of all I want to apologize if my blog content annoys any of the readers because I blog random stuff and might mainly about kpop and anime or even song lyrics. And I'm currently an ARMY (BTS fans) so my blog post maybe will have their image on it haha please bear with me juseyoo.

Question: Some Blog Info?
Answer:
Blog Name : Actually α∂αмαитιиє but currently ιѕαиα уαѕнιяσ
Blog Since : March 2011

Template Type : Blogskin
Template By     : Me



X
Heart•Throb

X
Fan Girling Section





Ciel Phantomhive
kuroshitsuji




Gin
Hotarubi no Mori e




Ichijou Raku
Nisekoi




Kirigaya Kazuto
Sword Art Online




Okumura Rin
Ao No Exorcist




Kota Furuya
Kickoff to the Galaxy




Uchiha Sasuke
Naruto




Nice
Hamatora




L Lawliet
Death Note




Sata Kyouya
Ookami Shoujo to Kuro Ouji




Tsuyoshi Naoe
Daily Lives of High School Boys




Usui Takumi
Maid-sama




Yato
Noragami




Yuiga Kakeru
Norn9




Zen Wistalia
Akagami no Shirayukihime
X
Follow

Please do follow ♥




How much longer does the snow have to fall before spring day comes? - Spring Day, BTS

[ ]